Walaupun anda sudah asingkan 10% daripada gaji, sediakan juga tabung untuk anda menabung ikut kemampuan. Paling tidak RM1 sehari kalau tidak mampu RM5 dan kalau boleh jangan gunakan langsung duit tabung tersebut.
Walau perkara ini nampak leceh dan remeh, tetapi anda akan lihat dengan jelas kemana duit gaji yang anda gunakan. Daripada rekod perbelanjaan tersebut, anda boleh buat plan kewangan dengan bijak.
Anda juga boleh mencari duit sampingan untuk tambahan mengumpul duit. Anda boleh buat kerja sampingan atau join dropship, menjadi ejen dan sebagainya yang tidak memerlukan modal bagi memulakan perniagaan kecil anda.
Anda boleh gunakan simpanan KWSP akuan 2 sebagai deposit beli rumah. Simpanan KWSP boleh disemak secara online diย https://www.kwsp.gov.my/ย untuk menyemak jumlah simpanan anda.