SPP Development Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milikan penuh Bumiputera dan merupakan Syarikat Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Dibarisi oleh Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan yang berkelayakan serta berpengalaman dari pelbagai bidang.

Syarikat ini pada awalnya telah diperbadankan oleh Suruhanjaya Syarikat (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965 pada 16hb Mac 1974 dengan nama Syarikat Pemborong PKINK Sdn Bhd.

Namun, selaras dengan perkembangan Syarikat, pada 23hb Februari 2004 nama syarikat ditukar kepada SPP Development Sdn Bhd yang mana aktiviti syarikat difokuskan kepada Pemaju Perumahan.

Pengalaman tiga puluh tujuh (37) tahun dalam industri pembinaan sebagai Kontraktor Kelas A dan pemaju perumahan serta jaringan hubungan yang erat dengan pelanggan dan sebagai sebuah syarikat Kumpulan PKINK menjadi aset penting syarikat untuk terus bersaing dalam industri ini.

Compare listings

Compare