𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐃𝐄𝐊𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐒

Siapa kata rumah teres tidak boleh buat dekorasi yang cantik-cantik nanti jadi sempit..!!
Jika kena dengan cara dekorasi yang betul, rumah teres anda akan nampak lagi luas dan selesa. Disini kami kongsikan beberapa tips untuk dekorasi rumah teres supaya nampak lagi luas dan selesa..
𝐒𝐈𝐋𝐈𝐍𝐆
Anda tidak perlu risau jikalau anda hanya ada ketinggian siling rendah iaitu sekitar 8 kaki ke 10 kaki sahaja. Anda boleh atasi dengan cat siling anda dengan cat yang lebih gelap. Tindakan ini boleh menyebabkan siling anda akan kelihatan lebih tinggi sesuai dengan hiasan dalaman rumah teres.
𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐈𝐑
Elakkan menggunakan langsir yang lebih gelap adalah salah satu cara hias rumah untuk kelihatan lebih luas dan lapang. Sebaliknya pilih warna langsir yang lebih terang dan lebih cerah bagi membolehkan ruang rumah teres anda menjadi lebih luas apabila diterangi cahaya matahari. Pastikan juga gantung langsir anda di kedudukan yang lebih tinggi.
𝐏𝐄𝐑𝐀𝐁𝐎𝐓
Untuk deko / deco rumah, jangan terlalu letak banyak perabot baik di ruang tamu anda, ruang makan atau di bilik tidur anda bagi rumah teres setingkat anda. Semakin banyak perabot yang anda letak, semakin kurang ruang yang ada di kawasan dalam rumah anda. Hiasan dalam rumah teres perlu diminimalkan bagi memaksimakan ruang yang sedia ada.
𝐂𝐄𝐑𝐌𝐈𝐍
Tidak boleh dinafikan peranan cermin dalam memberikan dimensi dalam rumah anda. Ia membantu menjadikan ruang yang ada lebih lapang sesuai untuk dekorasi bilik tidur utama rumah teres.
𝐂𝐀𝐓
Dibandingkan saranan kami untuk cat di bahagian siling pada warna yang lebih gelap, tetapi untuk decoration rumah dibahagian dinding, kami sarankan untuk anda pilih tona warna yang lebih lembut dan cerah. Pertimbangkan juga untuk pasang shiplap. Boleh cuba gunakan cat jenama nippon paint atau jotun bagi deko rumah teres kecil anda menjadi leboh cantik.
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆
Selalunya ruangan depan dalam rumah teres digunakan sebagai ruang tamu dan juga ruang makan. Bila anda perlu membahagikan ruang seperti ini, anda boleh membuatkan pembahagian yang jelas dengan menggunakan perabot atau hiasan rumah. Gunakan permaidani besar untuk menunjukkan kawasan ruang tamu dan gunakan pembahagi yang tak terlalu besar antara ruang tamu dan ruang makan. Boleh juga guna warna cat berlainan atau wallpaper untuk mengasingkan ruangan tersebut.
Walaupun anda membahagikan ruangan sebagai kawasan berasingan, sangat penting untuk pastikan aliran semula jadi di antaranya supaya tak kelihatan sesak. Aturan dan reka bentuk perabot mestilah bersesuaian dengan ukuran setiap ruang.
𝐑𝐀𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏𝐔𝐍𝐆
Dengan memasang rak dinding terapung dan mengelakkan penggunaan perabot yang menutupi keseluruhan dinding, anda akan dapat mengosongkan lebih banyak ruang lantai.Rak dinding terapung ni sesuai untuk diletakkan pada semua tempat dalam rumah seperti ruang tamu, bilik tidur, ruang berjalan, bilik air dan lain-lain.Selain menjadikan bilik kelihatan lebih besar, rak tersebut sangat praktikal untuk menyimpan barangan peribadi atau meletakkan hiasan.
Semoga bermanfaat..
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Compare listings

Compare