
Taman Kota Jembal
Taman Kota Jembal merupakan pembangunan di atas tanah berkeluasan 12.34 Hektar milik Perbadanan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang akan mengandungi 242 unit kediaman bercampur dengan tema luas, selesa dan selamat menawarkan keunikkan serta kelainan di dalam gaya hidup perumahan masa kini.
Kedudukan yang strategik terletak di laluan utama yang menghubungi Bandar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa dan Bachok. Laluan keluar masuk tunggal bagi perumahan berkapasiti 242 unit rumah ini akan mempertingkatkan tahap keselamatan dan privasi penduduknya.