5 Konsep Terkini Untuk Dekorasi Rumah

Konsep Minimalis

Konsep minimalis merupakan konsep yang ringkas dan tersusun serta tidak memerlukan perabot dan perincian yang banyak. Warna cat yang bersesuaian dengan konsep ini terdiri daripada gabungan warna-warna neutral, iaitu putih, coklat dan hitam.

Konsep rumah minimalis sangat bersesuaian bagi golongan yang pembersih dan OCD. Hal ini kerana, konsep ringkas yang diterapkan ini mewujudkan ruang rumah yang kosong dan lapang sekali gus memudahkan proses pembersihan ruang rumah. Selain dapat menenangkan minda serta kekal fokus dengan perkara yang lebih penting. Konsep ini amat sesuai bagi pasangan yang baru berkahwin atau yang masih bujang.

Konsep Rumah Moden

Sekiranya anda merupakan golongan yang berfikiran terbuka serta suka dengan gaya hidup yang mewah dan urban, gaya moden adalah gaya yang paling tepat untuk rumah baharu anda. Pemilihan dekorasi dan perabot rumah bagi konsep rumah moden hendaklah terlihat gah dan mewah supaya mencerminkan keperibadian dan life style  pemiliknya yang metropolitan serta up to date

Bagi mewujudkan aura modern, pemilihan gabungan warna sangat penting. Biasanya warna hitam, putih serta kelabu sering digunakan bagi konsep ini. Seorang fashionista atau ikon media sosial yang memiliki rumah kondo, banglo, semi D, studio, SOHO atau SOVO sangat  bersesuaian untuk gaya moden ini.   

Konsep Rumah Industri

Konsep atau tema rumah ini sangat popular dan menjadi pilihan bagi pemilik rumah baharu dan kafe anak muda kini. Kebiasaannya, pemilihan konsep ini menggambarkan pemilik seorang yang kreatif dan inovatif kerana mampu menyuaipadankan material tekstur batu bata, konkrit atau kayu dengan pencahayaan tepat yang hanya menggunakan lampu-lampu kilang.
Selain itu, orang yang sukakan suasana retro dan industri ini sangat menghargai koleksi barangan klasik seperti mesin taip, telefon rumah lama serta lampu-lampu lama untuk dijadikan dekorasi dan hiasan rumah mereka. Gaya industri memerlukan susunan yang betul untuk mengelakkan ruang nampak semak dan sesak. Konsep ini boleh diterapkan untuk pemilik rumah kondominium, apartment dan studio.

Konsep Rumah Klasik

Gaya klasik yang sering menjadi pilihan masyarakat kita pada hari ini ialah gaya klasik yang dibawa daripada Eropah dengan gabungan warna-warna seperti putih, hitam dan kelabu. Kebiasaannya, perabot bagi gaya ini lebih mahal supaya memperlihatkan aura kemewahan pemilik rumah yang juga memerlukan proses penyelenggaraan yang berkala. 

Gaya klasik ini juga sering dikaitkan dengan penggunaan bingkai-bingkai kayu ataupun lebih dikenali sebagai wainscoting. Hal ini kerana, kebanyakan rumah-rumah Inggeris klasik memasang wainscoting hampir di setiap ruang rumah termasuk tandas dan dapur.

Gaya ini juga dilengkapi dengan permaidani, langsir serta perabot yang menggunakan warna-warna keemasan bagi menyerlahkan konsep klasik yang diterapkan.

Konsep Rumah Scandinavian

Konsep Scandinavian kebiasaannya menggabungkan perabot kayu dengan dekorasi yang berwarna pastel dengan cantik. Susunan perabot dan dekorasi rumah ini memainkan peranan yang penting bagi mencipta konsep scandinavian.

Hal ini kerana, konsep ini lebih menonjolkan perincian lantai, dinding serta perabot yang berunsurkan kayu. Perincian yang biasa digunakan bagi gaya ini ialah pasu, bingkai gambar, lampu, meja, sofa dan lain-lain. 

Compare listings

Compare